DUA 6022 KOMUNIKASI DAN PENYIARAN
DALAM ISLAM
KONSEP
KEJIRANAN DALAM ISLAM
PENSYARAH:
Pn Noraini Binti Nawawi
DISEDIAKAN OLEH:
MUHD HARIS BIN SULAIMAN
(02DLS14F2034)
MOHAMAD AZHA BIN AWANG
(02DLS14F2080)
AHMAD AMIRUL HAMZAH BIN AHMAD
FUAAD (02DLS14F2036)
MUHAMMAD FARHAN AIMAN BIN
MUHAMMAD AZHAR (02DLS1F20160)
ISI KANDUNGAN
1.0 Pendahuluan
2.0 Isi (Konsep Kejiranan Dalam Islam)
3.0 Kesimpulan
4.0 Rujukan
5.0 Lampiran
1.0 PENDAHULUAN
Realiti dunia pada masa kini,kita
tidak boleh lari dari berinteraksi sesama manusia baik rakan
sekerja,kawan serumah,jiran-jiran sekampung lebih-lebih lagi jiran
tetangga.Jiran yang tinggal berdekatan rumah kita
dalam lingkungan jarak 40 buah rumah,samada dari kiri atau sebelah
kanan,depan mahupun disebelah belakang rumah.Dalam perkataan arab,jiran
membawa maksud orang yang tinggal sebelah menyebelah atau tetangga.Oleh
itu,dapat disimpulkan bahawa semangat kejiranan membawa erti satu suasana dan
perhubungan yang positif dalam satu-satu kawasan kejiranan.Ini menunjukkan
bahawa islam menitikberatkan hubungan harmoni dan persaudaraan di antara satu
sama lain dan agama islam ialah sebaik-baik agama yang menghubungkan
pertalian dan kebaikan di antara sesama manusia. Menetapkan lingkungan
jiran dan had jiran dalam sesuatu kawasan berbeza-beza menurut keadaan tertentu
dan suasana.Bahkan menurut Al-Alusi dalam kitabnya ruhul Ma'ani Fi tafsiril
Qur'an Al-Azim Wa San'ul Masani bahawa penetapan jiran ini dan lingkunganya
secara zahir kembali kepada uruf(adat setempat). Ini pendapat yang agak tepat
kerana dalam kaedah syarak menyebutkan setiap yang datang dari perintah syarak
ialah mutlak dan sekiranya tidak ada peneangan jelas dari kaedah
melaksanakannya juga tidak dapat dijelaskan dari pemahaman zahir bahasa maka
dikembalikan kepada adat kebiasaan dalam melaksanakannya.
Islam
menggariskan dengan jelas mengenai tatacara hidup dengan meletakkan akhlak dan
adab sebagai panduan. Tanpa akhlak yang baik, kehidupan manusia menjadi
kucar-kacir. Allah SWT telah mengutuskan Nabi Muhammad SAW sebagai model
terbaik dan contoh akhlak yang terpuji kepada seluruh umat Islam. Dalam Islam
akhlak adalah bersumber dari dua sumber yang utama iaitu al-Quran dan
al-Sunnah.
2.0 KONSEP KEJIRANAN DALAM ISLAM
Manusia secara fitrah hidup bermasyarakat dan berkelompok kerana setiap
orang harus saling memerlukan di antara satu sama lain dalam menjalani
kehidupan. Tidak mungkin seorang manusia boleh hidup seorang diri tanpa
perlu berurusan dengan orang lain selama dia tinggal dalam sebuah masyarakat.
Memiliki tempat tinggal termasuk di antara salah satu rezeki dan nikmat kerana
padanya manusia tinggal dan dihuni serta menetap untuk melindungi diri dan
meneruskan kehidupan dengan teratur dan selesa.
Tempat
tinggal itu berbeza-beza menurut situasi dan keadaan seseorang ada yang mampu
memiliki rumah yang mewah dan selesa dan ada yang hanya sekadar mampu menghuni
rumah teres dan rumah beratapkan zink dan diperbuat dari kayu dan papan.
Walaubagaimana sekalipun keadaan penempatan seseorang itu maka sudah
menjadi lumrah dia tidak akan berseorangan sebaliknya pasti memiliki jiran
baik bagaimana jenis keadaan rumah penempatannya.
2.1 Jiran Tetangga Di Dalam Islam
Muslim yang bertimbang rasa dan
menyedari serta memahami hukum-hukum agama, adalah
merupakan manusia yang paling baik hubungannya terhadap jiran-jirannya.
Mereka akan sentiasa menghormati dan menimbulkan perasan ihsan apabila
berinterasi sesama jiran. Islam banyak menggariskan agar umatnya sentiasa
menjaga dan memelihara hubungan dengan jiran.
2.2 Kategori Jiran
berkata Syeikh Dr Abd Aziz Ibn Fauzan ibn Soleh
Al-Fauzan dalam kitabnya “Fiqh Ta’amul Ma’an Nas” bahawa kedudukan jiran itu
terbahagi 3 jenis iaitu:
a -jiran yang muslim dan memiliki hubungan darah,
b -jiran yang muslim yang tidak ada hubungan darah;
dan
c -jiran yang kafir.
2.3 Hak-Hak Jiran Di Dalam Islam
Sebagai
jiran kita, masing-masing ada kewajipan dan ada hak. Abdullah Nasih `Ulwan
dalam bukunya Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam, ada memberikan empat asas yang
semua pihak patut fahami, malah mengamalkannya:
a) Jangan menyakiti jiran
Dasar
ini memberi erti tidak boleh sama sekali melakukan zina, mencuri, mengutuk dan
mencampakkan sampah sarap ke rumah jiran atau membuang perut ikan di dalam
longkang ketika proses memasak sehingga bau busuk melepasi hingga ke rumah
jiran, lalat dan langau yang datang menghurung sampah sarap dan perut ikan juga
boleh menggangu ketenteraman jiran . Jadi perbuatan buruk terhadap jiran anda
itu amatlah salah. Leih dasyat lagi apabilan terdapat jiran yang sanggup
melakukan zina atau melakukan pencurian terhadap jiran adalah sepuluh kali
ganda lebih buruk daripada melakukannya kepada pihak lain.
b) Memelihara jiran
Setiap
daripada kita wajib memelihara kepentingan jiran. Sikap ini menandakan hati
yang bersih. Sekali lagi Nabi SAW mengingatkan umatnya agar sentiasa
مَنْ اَقرَّ
عَيْنَ مُؤْمِنِ
اَقَرَّ اللهُ
عَيْنَهُ يَوْمَ
اَلْقِيَامَةِ
Maksudnya:
“Barang siapa memberikan kegembiraan kepada seorang mukmin, maka Allah akan
memberikan kegembiraan kepadanya pada hari kiamat”.
Jika
kita menjaga kepentingan mereka umpamanya memantau rumahnya ketika jiran
tetangga pulang ke kampung halaman semasa musim perayaan atau cuti panjang
daripada diceroboh oleh pencuri dengan memaklumkan jiran tersebut lalu terus
melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis, kita sebenarnya telah berbuat
baik kepada jiran dengan menjaga kepentingan mereka. Bayangkan situasi ketika
hari kiamat, tiada siapa yang boleh membantu kita kecuali Allah SWT. Dunia
menjadi kelam kabut, manusia dan alam seluruhnya menjadi seperti debu-debu yan11g
berterbangan. Pada saat itulah kita mengharapkan pertolongan Allah. Penulis
sangat yakin dan percaya bahawa Allah SWT tidak pernah memungkiri janjiNya
c) Berbuat baik kepada jiran
Dengan
maksud jika jiran bergembira seperti dapat menantu, anak-anak lulus dengan baik
dalam peperiksaan atau pelajaran, maka ikutlah sama memberikan tahniah dan jika
mereka berduka kerana kematian keluarganya, berilah takziah, walaupun bukan
seagama. Malah jika mereka ditimpai sakit ziarahilah mereka. Jika anda bertemu
berilah salam atau sapalah mereka. Ertinya, jika ada keperluan mereka kepada
pertolongan, mereka hendaklah dibantu. Dalam hal ini nabi Muhammad s.a.w.
meletakkan mereka yang menghormati jiran itu sebagai tanda orang yang beriman.
2.4
Adab Jiran Tetangga Menurut Imam Al-Ghazali
Dewasa
ini, kesuntukkan waktu demi mengisi keperluan hidup membuatkan antara kita
tidak mengamalkan semangat kejiranan kerana tidak sempat untuk bertegur sapa
sesama jiran. Hal ini akan membuatkan perhubungan sesama ahli masyarakat
menjadi kurang mesra. Selain itu, kegagalan sesetengah individu memahami konsep
kejiranan dengan baik juga akan membuatkan berlakunya perselisihan faham dan
akan mewujudkan aura perhubungan yang negatif. Keadaan ini pasti akan
memperlahankan proses perpaduan dan boleh menimbulkan perasaan kekok apabila
sesakali bersua muka ditempat awam sama ada di pasar malam, surau atau masjid
bahkan ketika di kenduri perkahwinan dikawasan kejiranan.
Kepentingan
adab berjiran amat penting dan dititik beratkan di dalam agama Islam. Adab
semasa pergaulan sesama jiran bermaksud segala sikap, percakapan di dalam
perbualan, senyuman, budi, pekerti, perangai, tingkahlaku dan tabiat mestilah
ikhlas semata-mata kerana Allah SWT dan ianya mestilah bersendikan Al-Quran dan
Al-Sunnah. Islam telah menggariskan beberapa adab yang perlu dipatuhi di dalam
kehidupan berjiran. Antara yang paling ditekankan ialah ketika berbicara sesama
jiran. Hal ini kerana, setiap apa yang dibicarakan oleh seseorang, ia
menggambarkan apa yang ada didalam kotak fikirannya serta perangainya. Bagi
setiap muslim, semasa bersosial perlu mengelak membicarakan sesuatu yang tidak
berfaedah.
Imam
Al-Ghazali menukilkan kisah di dalam kitabnya Ihya’ ‘Ulumuddin’ bahawa hak
jiran bukanlah sekadar mencegah diri kita daripada menyakiti atau perbuatan
yang tidak menyenangkan hati jiran sahaja, tetapi hendaklah bersabar menahan
perasaan jika disakiti bahkan lebih daripada itu. Hendaklah kita memberi
pertolongan kepada jiran dan menunjukkan rasa kasih sayang.
Diceritakan
bahawa Ibnu Muqaffa’ pada suatu hari mendengar bahawa jirannya akan menjual
rumah yang didiaminya kerana hendak membayar hutang yang sudah banyak
ditanggungnya. Pada waktu itu, Ibnu Muqaffa’ berkata “Sekiranya dijual, tentu
saya tidak memperolehi kerhormatan bernaung di bawah rumahnya”. Tidak lama
kemudian, dia menemui jirannya itu dan memberikan wang mengikut kadar rumah itu
sebagai sedekah dan berkata, “Janganlah saudara menjual rumah saudara
ini”.
Imam
Al-Ghazali juha telah turut menyenaraikan hak-hak seseorang muslim terhadap
jirannya untuk kita sama-sama mengambil
iktibar dan pengajaran yang berguna sebagai panduan bersama ketika berinteraksi
dengan jiran tetangga iaitu:
§ 1) Hendaklah mendahulukan ucapan salam kepadanya
setiap kali bertemu
§ 2) Jangan terlalu banyak bertanya kepadanya tentang
keadaannya sehari-hari
§ 3) Menziarahi dirinya atau kaum keluarganya apabila
sakit ataupun ditimpa musibah
§ 4) Tunjukkan bahawa kita turut berdukacita dan
bersimpati jika mereka ditimpa musibah dan bersegera memberikan pertolongan
jika perlu sekalipun tanpa diminta
§ 5) Menyatakan perasaan gembira apabila mereka
memperoleh kesenangan atau kurniaan Allah SWT
§ 6) Ampunilah segala kesalahan-kesalahan atau
keburukkannya, baik dengan apa-apa cara sekalipun
§ 7) Jangan membuat sesuatu yang tidak menyenangkan
jiran kita umpamanya meletakkan batang kayu di dinding rumahnya
§ 8) Jangan menyempitkan jalan menuju ke rumahnya
§ 9) Jangan mengintai-ngintai apa yang dibawa olehnya ke
dalam rumahnya
§ 10)Tutuplah kecacatan atau kekurangan yang nampak di
matamu dan jangan hebohkan kepada sesiapapun
§
3.0 Kesimpulan
Kesimpulannya
ialah, ajaran Islam menuntut kita bercampur gaul dan bermesra dengan
masyarakat. Salah satu kumpulan manusia yang memainkan peranan besar
meningkatkan kebahagiaan keluarga ialah jiran. Jiran yang tinggal dalam
lingkungan rumah kita adalah orang yang paling hampir dan yang paling layak
untuk memberi bantuan dan pertolongan. Berdasarkan besar peranan jiran ini,
maka suka penulis cadangkan agar kita kembali kepada Al-Quran dan Al-Sunnah
dalam menjaga silaturarahim dan adab-adab terhadap jiran tetangga. Dalam hal
ini Islam memberi penghargaan yang tinggi kepada jiran.
4.0 Rujukan
http://mak-andak.blogspot.my/2014/01/adab-jiran-tetangga-menurut-islam.html
5.0 Lampiran
Video:
Keratan Akhbar:
5.0 Lampiran
Video:
Keratan Akhbar:
No comments:
Post a Comment